Jalaluddin Muhammad Rumi
Jalaluddin Muhammad Rumi

Jalaluddin Muhammad Rumi

Maulānā Jalāluddīn Muhammad Rūmī[2] (Parsi: مولانا جلال الدین محمد رومی, Bahasa Turki: Mevlânâ Celâleddin Mehmed Rumi) , juga dikenali Maulānā Jalāluddīn Muhammad Balkhī (Parsi: محمد بلخى), atau Rumi sahaja di negara-negara bertutur Inggeris, (30 September, 120717 Disember, 1273), merupakan penyair, Qadi dan ahli teologi Parsi Muslim abad ke 13 Farsi (Tājīk)[3][4]. Namanya bermaksud "Keagungan Agama", Jalal bererti "agung" dan Din bererti "agama".[5]Rumi lahir di Balkh (ketika itu sebahagian dari Khorasan Besar di Negeri Parsi, kini dalam Afghanistan) dan meninggal dunia di Konya (kini di Turki). Tempat lahir dan bahasa ibunda/tempatannya menggambarkan latar belakang Farsi. Beliau juga menulis puisi Farsi dan karya-karyanya tersebar di Iran, Afghanistan, Tajikistan, dan dialih bahasa di Turki, Azerbaijan, A.S., dan Asia Tenggara. Sebahagian besar hayat dan era penulisan ketika Empayar Seljuk.[6] Disamping puisi Farsi beliau juga menulis beberapa rangkap dalam bahasa-bahasa Arab, Yunani, dan Turki Oghuz. Kepentingan Rumi melangkaui batas bangsa, budaya dan negara. Sepanjang abad dia mempunyai pengaruh dalam Kesusasteraan Parsi disamping dalam Kesusasteraan Urdu dan Kesusasteraan Turki. Sajak-sajak karangannya dibaca dengan meluas di negara-negara seperti Iran, Afghanistan dan Tajikistan dan telah banyak diterjemah dalam pelbagai bahasa di dunia dalam pelbagai bentuk.